Sunday, January 8, 2012

Diari awal tahun..~~..

Wah2 tajuk yg takleh blah. nak tulis diari la konon. Cerita yg panjang dr start tahun 2012 ni. Terus terang, tahun ni paling xbest sbb awal2 tahun lagi kna mengadap nota2 untuk exam. diulangi EXAM! Scary dowhhhhh. ES siap bg ni ----> Examphobia. Mesti korang xpenah dengar kan. Tp itulah realitinya. bila nak exam je, ada macam2 rase. demam lah. yg pasti mula pikir xleh nak jawab. padahal taktau lagi soalan apa nak kuar. Tapi-tapi, tahun yg paling tak best ni lah, for 1st tyme in my Uni life I trusted my instinct. unbelievable! Soalan yg kuar tu dah predict awal2. kawan2 ada tnya, tp jawab taktau. Korang jgn salah paham lak. sbb ini sendiri spot. mmg xkan bagitahu sape2 pom lah. tkt xkuar. den yg malu! harap maklum. Di ketika exam ni lah, peneman setia CY akan teman baca dan dengar CY explain kat dia. Sape lagi ----> ES lah. Thanx for that. walaupun, sbnrnya ES xperlu paham semua yg CY explain kat dia tp dia dgn sabar dan tabah untuk paham jugak. really appreciate it!


Aha, nak cakap satu bnda kat sini. GERAM! ya, CY sgt geram dgn mulut2 manusia yg selalu je sedap2 duk mengata, mengutuk semua benda. senang citer, konklusinya mulut org - makan hati - buat bodoh saje. yg last tu CY dah pandai sikit drpd dulu tau. blaja dr sekeliling. kawan2 CY mmg jenis xhirau kalau kite terasa ke x. Diorang jenis buat xtahu je. Senang ckp, buat bodoh dah la. layan kan, makin sakit ati, makin makan ati. pedih2! PEDIH!!


Pepatah melayu ada mengatakan, terlajak perahu bleh ditarik balik, terlajak kata badan binasa. Mmg takleh nak nulun eh. kdg2 kawan kite ni rase bleh main ckp je. xkesah lah ayat tu menusuk kalbu ke dak. CY akui kdg2 apa yg kawan kite cuba sampaikan walaupun ayatnya sgt pedas itu adalah satu teguran. kalau itu satu teguran, kite bleh terima dgn hati yg terbuka. Dah mmg kite tersasar kejap. Berterima kasihlah dgn kawan anda jika beliau menegur di saat anda terlalai jap. hargailah beliau. sesungguhnya Beliau adalah sahabat yg baik krn tidak mahu anda tersalah jalan yg dipilih. Sebak kejap tulis ni, sbb CY rase diri ini bkn sahabat yg baik sbb xmampu nak bantu kwn CY dah tersasar jalan. saya xtahu nak tulun macam mana. takut salah ckp kang jadi lain plop. so, skg ni masih mencari sifu untuk dirujuk berkenaan hal ini. CY nak sgt tulun dia. Xsanggup dia tersasar lagi jauh. CY sentiasa doakan dia ditunjukkan jalan balik semula.


Satu bnda yg CY agk berkecik hati lah. alamak kecik hati la plak. CY bkn ape, ada sesetengah org kite akan ckp bunyinye macam ni lah... Mu xpelah, ngaji sapa Master dh, aku ni baru diploma. CY amat2 tak berkenan dgn pernyataan ini. Its not about who are in higher level or lower level. semua org bleh berjaya. YA, semua orang!! dengan syarat, ada keinginan dan ketekunan yg tinggi. Sepatutnya, yg peringkat bawah2 ni amik kawan2 yg sambung high level lagi as their mentor. jadikan mereka sbg pembakar semangat. dia boleh, aku pom boleh. CY akui, geng2 sekolah dulu kawan CY yang tiga org ni --> Pn Belle, Pn Aje, cikNad. mereka ini sgt bijak dan bila exm mesti markah tinggi. kelas pom lagi tinggi dr CY. mmg terasa diri ini sgt rendah tau. tp CY kuatkan tekad, mungkin CY xberjaya tyme sekolah. selepas itu, target nak buat yg terbaik di Uni. I wanna prove that I can succeed. biar lambat asal berjaya hambat. xgitu?? *mood masih memikirkan nak sambung PhD terus atau stop jap*.


Sambung kisah tadi, cakap diri tak setanding dgn kawan kite sebenarnya mematahkan semangat diri secara tak langsung. tak membantu diri untuk bangkit langsung. CY penah ada pikiran itu. hasilnya, tak ke mana kawan2. Come on! dia berjaya sbb keinginan dan keazaman dia sgt tinggi. Tak semestinya dgn otak yg cerdik je kite boleh berjaya. Allah itu Maha Adil. DIA tak lah kejam dengan hamba2NYA. usaha yg penting. lagipom, usaha tangga kejayaan. Ada kawan2 CY dah sambung Phd skg ni, CY jadikan mereka sebagai pendorong untuk sampai ke tahap itu. lagi banyak alasan yg diberikan, ia takkan bawa kite ke tangga kejayaan. Salah satu faktor pendorong CY untuk sambung Phd adalah amanat mama abah tersayang. CY paham itu. mereka inginkan yg terbaik untuk anak2 mereka. namun, penah kawan CY memperlekehkan amanat ini. kononnya CY xde arah tujuan sendiri bila asyik ikut kate mama abah. sedih bila ingat ni. dalam usaha mereka nak tarik org2 masuk dlm MLM (biarlah diorang ckp beria2 ini bkn MLM. ada aku peduli), suke-suki ati mak bapak diorang je nak cakap gtu. peduli hape. yg penting restu mama abah. takde apa yg lagi menggembirakan hidup ini selain restu mak ayah kite. dah kalau mama abah xrestu masuk MLM ke hape jadah tu, xberjaya jugaknya. tak gune duit byk la weh kalau ati xtenang! pikir la sendiri.


Lagi satu hal, kalau xtahu atau xpaham tanya. Jangan la wat kawan kite macam orang bodoh. siap gelak2 lagi. saket tahu tak?? kesok ati kejap. tambah2 yang cakap tu kawan baik. cakap jgn main lepas je beb. pikir perasaan org gak la weh. ooooo, tyme dia nak pulak kite jaga ati dia baik. bengang takleh nak cakap la. belajar dari pengalaman. tak semua org paham kite. so, hargailah org yg btol2 paham kite tu. *maaf ES krn terpaksa buat gtu. tgh bengang tyme tu. sabar jelah. padahal tunggu nak meletup je.*


kurangkan alasan, kuatkan azam. tips untuk berjaya. selamat beramal~~

No comments: