Saturday, June 25, 2011

aktiviti 2 hari yg enjoyyyy~

Suke bile masa lapang terisi jua. Ari jumaat (24hb) pegi karnival pengantin. Round punye round kat booth yg ada. Walaupun xbyk, tp ok la dpt cuci2 mata kat situ kan. Promosi yg ditawarkan agak best. Yang paling menarik perhatian CY adalah sesi fotografi yg ditawarkan. itu je yg boleh nak usha2 la kan. Bab kad kawen, dah diserahkan tugas pada makcik E.S, so yg tu setel. Bab set pelamin+baju+bilik tido sume2 tu, dah diserahkan tugasnya pada kawan mama CY. Tp ada gak menjamu mata. Naseb lah CY pegi dgn kawan. dia lah yg byk tanye. Kalau x, nak harapkan CY tanye macam2, jgn harap lah. CY jalan2 n ambil flyers jelah. Booth sikit tp dekat sejam jugak kami kat karnival tu.

Berbalik pula pada kisah sesi fotografi, alahai terover bajet lah dari ape yg CY dan E.S bajet. kena usha yg lain plop lah. Almaklum lah, nak kena jimat bajet kalau boleh. E.S lagi lah, xmoh bazir2 ni katenya. Itu lah E.S. tp segalanya diserahkan pd CY. dia tukang komen dan tukang angguk je. hehe. Biasanya dia akan cakap, ok je. Jarang la dia nak cakap tidak. Mintak2 la ada lagi karnival semacam ini. Nak usha2 lagi. mana tahu ada yg lagi murah. Amin~

Sehabis je jalan2 kat karnival tu, kitorang gi mkn2 kat McD. try itu berger baru, namanye GCB. not bad. Tp bkn dlm list fevret CY lah. oh quarter pounder! sekali coba mahu lagi. (:

Petang yg sgt best. Jln2 tanpa memikirkan kesesakan masalah dlm kepala. enjoy tgk ragam manusia. lebih fokus, kpd kanak2 riang dgn celotehnye. I suke budak2 ni. (: Kitorang jln2 tgk baju plak. cuci mata lagi. Window shopim sudah. Tp terlupa usha brg2 hantaran ni. opsssssssssss. lambat lagi kottt. yg tu tungguuuuu~

Esoknya tu, tanggal ari sabtu, CY ada plak date dgn MK. aha, sape2? jeng2. MK ni nama panjang nya Mary Kay. Produk kecantikan. I like~ first try, dah jatuh hati. Sungguh, xtipu. Tapi, CY br je jinak2 dgn 1 produk ni. Murah tu xyah cakap lah nak banding dgn MK ni. insyaAllah 1 hari nnti, akan ku pilih jua MK ni. Bila tu, dah kompem2 bile dah berduit sendiri kan. (:

Bengkel ni start kul2 mengikut dlm kad lah. tp sampai2 je tgk kat notice board tulis kul3. Alahai, terawal la plak. Duk la melanguk kat lobi sambil tunggu kawan CY yg beria2 ajak CY join benda ni. Rupenye mmg berbaloi. Blaja dr asas nak cuci muka sampai la ke mekap2. bab mekap ni mmg CY sgt suke lah kan. Dpt blaja teknik2 yg cukup bermanfaat la bg CY.

Terima kasih k.aisyah a.k.a speaker for the day, K.ina a.k.a beauty consultant saya, cik zi, and the geng lah. lupe nama. Ada yg xtau pom. huhu. Janji dpt blaja bnda baru ari ni kan. Berbalik pd kisah mekap, CY mmg xwape nk ok tang mata. mmg failed. Tragis pom ada. mana x nya, bila nak letak eyeshadow, m'alirlah airmata ni. bila nak letak eyeliner, mengalir lagi. bila nak letak maskara, lagi mencurah2. alergic btol lah. Apa lagi, akak2 kat situ sume gelak2 lah. Sebab tu lah CY mmg kureng ckit lau tang mata. Mmg serah kat org 101% utk mekap. Naseb mekap nak kawen nnti, org yg mekapkan. Lau mekap sendiri, jawapannya hancusssssssssssssss. ahahahaha.

Walau apapun, CY dapat ilmu baru. I like~

Ada 1 lagi cerita, pasal Sepah yg x habis2 ni. aish. Macam mana boleh dia yg jadi juara ni. Xboleh jadi ni. CY hangin sbb CY sokong Jojan. eh Jozan. (: Tp apapom, Sepah mmg konsisten dr awal lagi. Sepah dlm feveret CY jugak. So, xkisah lah Sepah ke Jozan ke, janji depa tu pilihan hatiku. Cewah. CY layan video depa kat youtube je. Yelah kat umh ni mana ada Astro Warna. Apapom, show diorang smlm, TERBAIK! layan sungguh.

Enjoy sungguh CY dlm 2 hari ni. cuti yg panjang ni sungguh membosankan lau xde wat ape2. Naseb ada gak aktiviti sebegini. CY merajinkan diri blaja jahit utk masa depan. Upah jahit baju skg lagi mahal dr harga kain. MasyaAllah. Justeru itu, CY menambahkan ilmu di dada utk berjimat. Apa yg boleh buat utk berjimat, akan CY usahakan.

Minggu ni pom penuh dgn kelas menjahit. Come on gurl! Berusaha dgn jayanya. Janji dpt siapkan baju sendiri pom sudah memadai. jimat lah duit upah kan. Bab puas ati pom dikire lah same. Cukup pakej lah. :)

3 comments:

samizul.net said...

Memang banyak kelebihan tu kalau tahu/mahir menjahit... d(^^,)

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

bgs enjoy ...part mkn mekdi ...sedap2 ...

Yoona said...

@samizul.net tersangatlah setuju. dapat jimat yg penting. silap2 hb bleh jadikan side income jugak. :)

@hatikubaik terbaik sgt. enjoy yg penting kan. sblm mula sebuk ni.